Saturday, April 9, 2011

Permintaan terkubur


Kadang-kadang tidak semua yang kita inginkan akan tercapai dek kekurangan dari pelbagai sifat dan segi. Dan sebagai insan yang meminjam semua daripada Yang Maha Esa nih, kita haruslah akur dengan segala ketentuan Ilahi. Bersabar, bertenang, bertawakkal, berwudhuk, dan bertafakkur . 

Kau dah pergi mekah ke Jiha ?  Itu bukan persoalan nya. -,-  Saban hari, puas aku meniti hari ke hari, menghabiskan sisa-sisa holiday yang dikurnia kan oleh pihak UiTM terhadap kami, para graduan asasi undang-undang selama enam bulan, aku tersedar dek lamunan khayalan minda. Sampai bila harus aku begini ?  Aku harus berganjak dari kepompong lama. Lalu aku mendapat kan ibu ku yang baru sahaja selesai bersujud kepada-Nya, melangsaikan hutang Allah agar tidak diseksa kelak. 

Ikuti dialog ibu dan anaknya yang comel baik. 

Umi   :  Kenapa nih kakngah ? Bermuram durja saja. 

Jiha   :  Maaf lah umi mengganggu, emm, kakngah nak mintak satu permintaan boleh ? 

Umi   :  Boleh saja, kakngah kan anak umi yang comel. Mestilah boleh. *dalam hati umi, wek wek

Jiha   :  Terima kasih kerana puji, hehe. comel-comel nih ikut acuan umi. *dalam hati, kenapa umi sorang je yang perasaan anugerah Illahi nih ?. Apa kata umi mengandung lagi ? Boleh la boleh la. Pehlis la. 

Umi   :  Aik, kau nih dah kenapa ? Buang tabiat ? aku dah 43 tahun. dah tua, errr, bukan dah tua, hehe, cuma tak sesuai nak mengandung umur cenggini. 

Jiha  :  Habis tuh ? Macam mana nak baby nih ? Kakngah dah penat lah dengan pengarang jantung hati hempedu umi yang bongsu tuh. Suka je ambik mekap orang. Eye shadow jangan cakap lah, dah tinggal lubang dia oles untuk mata dia. Huh. Blusher tuh senang dia pakai. Ambik barang la.

Umi  : Ala, nanti kita beli kan baru. Apa yang susah. Rileks saja. Kita beli kat watson. Lagipun tengah promotion nih, umi pun nak beli blusher jugak. Hari tuh, umi yang guna sikit. Tak perasan pulak sampai habis. hehe. Jangan marah ye. 

Jiha  :  -,-

Umi  :  errr 

Jiha  : Tapi nak baby.

Umi  : Kau beranak lah sendiri, kau tahu lah perit ke tak. Senang mintak budak. 

Itu lah permintaan aku yang tak tercapai selama ini. Dah lama aku mengidam baby nih sebab aku boring. Aku suka dengan baby nih. Cute seyh. Tapi kalau yang nih tak kiut pon.


 


Ni lah adik bongsu aku yang suka ambik barang aku, lepas tu dia mekap sendiri. Tuh barang aku yang dia pakai kat baju. " NAJIHAH ". Nama aku tuh. Tapi aku tak kisah pun sebenarnya. hihi. Aku sayang dia. Time nih, dia main cikgu-cikgu. Aku nampak dia nih memang ada bakat jadi cikgu. 

Itu aja. Till then ya. Bubye semua. Salam satu HATI. 


* sape dapat bagi aku baby ?




5 comments: