Monday, April 11, 2011

soal rindu

Mana mungkin aku menangkis segala perasaan rindu ini. Walaupun sekelumit. Bilakah ini semua akan berakhir ?  Berat rasa hati ini menanggung lalu terimbas detik-detik kita bermesra. Segala air mata derita, sedu sedan ketawa kita kongsi bersama. Perpisahan mengajak aku berbicara soal rindu. 


Dalam setiap hela nafasku yang ada hanyalah kamu, dalam setiap detak jantungku yang ku sebut hanyalah namamu. Terkesima membaca ? Sakit otak aku buat ayat Bahasa Melayu yang berbunga-bunga ni. Susah belajar sastera. Bukan bidang aku. Kadang-kadang aku geli membaca ayat yang aku tulis itu. Lantas dengan secepat kilat, aku mengambil baldi, lalu aku memuntahkan segala yang tersekat di tengkuk aku. Hijau warnanya. Haha. Pengotor. Ya, aku akui. 


Jadaah hareem rindu apa nya kau ni Jiha ? Dah angau ke ? Rindu pakwe ke ? Ya, aku merindui  seseorang. Sangat-sangat. Tak nak guna ketat-ketat. Geli aku. Wek. Hijau lagi. 


Aku rasa yang buad aku rindu Dakina Dalina nih, sebab dia mesej aku, cakap rindu aku. hehe. Terharu. Memang dia patot dia rindu aku, sebab aku lah sumber makanan dia. Roti Gardenia yang aku beli dekat koperasi kolej Mawar, habis dia sapu. Sekali dengan jems strawberry. Aku punya jugak. haha. Tapi itu bukan lah benda yang aku nak mengungkit. Sama sekali tidak. Adat hidup di kolej. Aku mengerti. Barang aku, barang kau jugak. Tapi Dalina lain, ayat dia, " Jiha, barang kau, barang aku jugak, barang aku, barang aku. -,- haha.


Banyak hal yang aku kongsi dengan dia, tapi dia lagi banyak. Sebab terlebih satu hal makan. Ok, aku gurau. hehe. Tapi aku suka sakat dia pasal makan. Sebab ayat dia kalau pagi-pagi bangun, " waaaahh, laparr nya. Jom turun makan ". Kalau time aku kenyang aku buad tak layan je. Tapi kalau aku lapar jugak, aku mengiya je lah. hihi. Kadang-kadang aku yang kejutkan dia bangun untuk makan. Jahat kan. 


Overnight bersama, hangout sama-sama, main kano, jogging, karok lagu Ramlah Ram, berebut bilik mandi, study law sama-sama, pinjam meminjam baju, kasut. Kalau aku ada masalah kawan ke, masalah berat badan ke, memang aku rujuk dia. Dia boleh jadi pendengar setia. Terima kasih Dalina. Toche-toche. Hilang kau, tak hilang makanan aku. hehe. Cancel yang tu, hilang kau, hilang lah seri. 





Aku harap sangat aku dapat sebilik lagi dengan kau bila sambung degree law ni. Harap muet kita sama-sama lepas ya. Amin. Kali ni aku tak kira duduk tingkat berapa pun, asal sebilik. Tak kisah tingkat 4 yang menggunung tinggi. Sebilik dengan kau, fira, dan ina. Kita belajar betol-betol kali nih. Setiap hujung minggu kita jadikan katil fira sebagai meja kita study bersama lagi. Setiap hujung minggu jugak kita jadikan laptop ina sebagai movie kita.


Wah, happy nya time tu kan ? Sumpah aku rindu saat tuh. 


Till then ya, Salam satu HATI






Saturday, April 9, 2011

Permintaan terkubur


Kadang-kadang tidak semua yang kita inginkan akan tercapai dek kekurangan dari pelbagai sifat dan segi. Dan sebagai insan yang meminjam semua daripada Yang Maha Esa nih, kita haruslah akur dengan segala ketentuan Ilahi. Bersabar, bertenang, bertawakkal, berwudhuk, dan bertafakkur . 

Kau dah pergi mekah ke Jiha ?  Itu bukan persoalan nya. -,-  Saban hari, puas aku meniti hari ke hari, menghabiskan sisa-sisa holiday yang dikurnia kan oleh pihak UiTM terhadap kami, para graduan asasi undang-undang selama enam bulan, aku tersedar dek lamunan khayalan minda. Sampai bila harus aku begini ?  Aku harus berganjak dari kepompong lama. Lalu aku mendapat kan ibu ku yang baru sahaja selesai bersujud kepada-Nya, melangsaikan hutang Allah agar tidak diseksa kelak. 

Ikuti dialog ibu dan anaknya yang comel baik. 

Umi   :  Kenapa nih kakngah ? Bermuram durja saja. 

Jiha   :  Maaf lah umi mengganggu, emm, kakngah nak mintak satu permintaan boleh ? 

Umi   :  Boleh saja, kakngah kan anak umi yang comel. Mestilah boleh. *dalam hati umi, wek wek

Jiha   :  Terima kasih kerana puji, hehe. comel-comel nih ikut acuan umi. *dalam hati, kenapa umi sorang je yang perasaan anugerah Illahi nih ?. Apa kata umi mengandung lagi ? Boleh la boleh la. Pehlis la. 

Umi   :  Aik, kau nih dah kenapa ? Buang tabiat ? aku dah 43 tahun. dah tua, errr, bukan dah tua, hehe, cuma tak sesuai nak mengandung umur cenggini. 

Jiha  :  Habis tuh ? Macam mana nak baby nih ? Kakngah dah penat lah dengan pengarang jantung hati hempedu umi yang bongsu tuh. Suka je ambik mekap orang. Eye shadow jangan cakap lah, dah tinggal lubang dia oles untuk mata dia. Huh. Blusher tuh senang dia pakai. Ambik barang la.

Umi  : Ala, nanti kita beli kan baru. Apa yang susah. Rileks saja. Kita beli kat watson. Lagipun tengah promotion nih, umi pun nak beli blusher jugak. Hari tuh, umi yang guna sikit. Tak perasan pulak sampai habis. hehe. Jangan marah ye. 

Jiha  :  -,-

Umi  :  errr 

Jiha  : Tapi nak baby.

Umi  : Kau beranak lah sendiri, kau tahu lah perit ke tak. Senang mintak budak. 

Itu lah permintaan aku yang tak tercapai selama ini. Dah lama aku mengidam baby nih sebab aku boring. Aku suka dengan baby nih. Cute seyh. Tapi kalau yang nih tak kiut pon.


 


Ni lah adik bongsu aku yang suka ambik barang aku, lepas tu dia mekap sendiri. Tuh barang aku yang dia pakai kat baju. " NAJIHAH ". Nama aku tuh. Tapi aku tak kisah pun sebenarnya. hihi. Aku sayang dia. Time nih, dia main cikgu-cikgu. Aku nampak dia nih memang ada bakat jadi cikgu. 

Itu aja. Till then ya. Bubye semua. Salam satu HATI. 


* sape dapat bagi aku baby ?




Friday, April 8, 2011

syok snap sendiri ^_^

Memang tidak dapat disangkal lagi, aku mengakui aku suka bergambar. Tapi tengok tempat la aku nak snap gambar sendiri. Tak gila aku tengah-tengah pasar malam ke, pasar siang ke, pasar tani ke, aku nak snap gambar sendiri. Lepas tuh, buad muka bajet cun, control-control muka, buad ayu, dan semua action yang boleh orang yang menyaksikan aksi tuh memuntahkan diri sampai keluar usus besar dan usus kecik. *hiperbola

Bukan aku sorang je yang berpengalaman snap gambar sendiri. Cuba tengok gambar-gambar kat fesbuk, kebanyakan semua orang syok sendiri. haha. Hak masing-masing. Takpa la. Buad je. Kalau orang nak marah-marah, meh aku sekeh hidung kepala dia. Otak kau nak cabul hak asasi manusia. Jeles punya pasal. waddefuk. 

Mak aku pun suka snap sendiri tau. Awek muda katanya snap gambar sendiri. Yela, sebab kita happy, bajet-bajet comel. Patot lah mak aku masih cantik. Umur hanya angka. 


Lepas tuh tak puas hati dengan gambar yang di snap sendirik, dia suruh aku ambik. Walaweeh, tidak kira di dalam kereta tuh. 


Contoh kreativiti yang kebanyakan orang guna :

Depan cermin, tidak kira lah cermin dalam tandas ke, cermin meja solek, tak dipeduli langsung, asal kan ada cermin.  


ini lah yang aku cuba illustrate * kan depan cermin tuh *

Fokus objek seperti botol ke, biar nampak muka kita cun. Pintu pun boleh. 


maaf model tak berapa cantik, maklum lah adik sendiri. Tak kena bayar. hihi.

Banyak lagi kreativiti yang boleh di apply. Namun aku bukan lah photographer. Tak pandai lah aku nak buad kreatif-kreatif nih. Pakcik makcik google ya, rujuk pada pakar, rujuk pada aku, jadah hareeeem lah aku tak boleh tolong. Ajar gedik boleh lah. hihi

Itu aja. Till then ya. Bubye semua. Salam satu HATI 


 -coretanHATIJIHAzulk-


Thursday, April 7, 2011

PEACE --> tenang

People who give the peace sign in every pictures ? Don't you just hate when you're looking at someone's pictures and all, or even just one picture, have that person giving a peace sign Some says, " i hate when people make the peace sign in the picture ". And some says, " why do they put peace sign in every their pictures ? " 


Pandangan aku, suka hati dia lah nak buad peace pun. Lagi-lagi tuh gambar dorang. Daripada dia nak angkat fuck tuh, pe kejadahh tuh. Baik angkat peace. Tipu lah kalau kau cakap, I never do that and never will. Sampai macam tuh sekali kau benci peace. Wakluuu. 


Aku sokong peace sebab profile picture facebook sekarang pun aku buad peace, hihi, siap makan ais toyim krim lagi. haha. Lagipun banyak jugak gambar aku yang berpeace- peace. 






Sebenarnya motif aku  nak letak gambar je, hihi. Thats all, till then ya. bubye semua. 


 -coretanHATIJIHAzulk-

the talk of the TOWN

Gila kau cakap aku tak famous. Aku famous yang amat. Kau je macam katak di bawah tempurung. Aku nih the talk of the town. Aku kebas ayat omputih tuh dari Bruno Mars yang dalam lagu Talking To The Moon, hihi. Aku suka mamat Bruno Mars ni weh. Lagu dia kaw-kaw. Tak gitu ? Ke aku yang over ? -,-


Berbalik kepada soal aku famous nih, aku ada bukti. Gila kau cakap takde bukti. Orang tak percaya. Kau tengok muka aku suci, jernih nih, tak main la tipu-tipu. waddefu'k. 


Gambar di bawah menerang segala-galanya betapa glamour nya aku, haha.Gila kau tak bangga. Mesti lah bangga. Kau ingat senang nak capai tahap glamour aku. Berpeluh ketiak aku. Berkepit punggung aku. haha





*maaf gambar tak clear, mekap dah kesat separuh, so hidung aku pun nampak separuh kemek* 


Nih lah bukti dia, gambar nih time aku menang award artis baru paling popular tahun nih. hihi. Tak sia-sia aku berlakon dalam filem, drama and jadi duta iklan semua. haha. Lepas aku menang award nih, ramai reporter-reporter nak jumpa aku nak tanya pasal kunci kejayaan nih. Tapi aku tak layan. Takda masa beb nak jumpa sorang-sorang reporter. Faham-faham je lah, banyak benda lagi aku kena tumpu untuk kerjaya aku nih. haha. So, aku aturkan satu perjumpaan khas dengan semua reporters. Semua lah datang, melodi, tv3, rtm and else. hihi.


Ok, aku reka. Tengok trofi pun dah tahu. Lambang UiTM lagi. Lepas tu tak pasal-pasal dapat cenderamata macam tuh." makan malam " haha. Rekaan semata-mata. Gila kalau artis mulut lancang gitu. Mesti kena kena mark awal-awal. Tapi artis sekarang jangan cakap lah. "vote wek gila". Tengok pakaian dorang. Nak-nak artis baru yang nak melonjak naik. Huh, terjolol keluar payud*ra, terjolol jugak mata yang memandang. Kadang aku kompius artis Malaysia ke, artis America. Aku tak highlight kat sesiapa pun. huuu. Jangan pulak aku yang glamour masuk paper.  


Itu aja, till then ya, bubye. salam satu HATI




 -coretanHATIJIHAzulk-

Wednesday, April 6, 2011

TAK tahu pun = ='

Salam bahagia ke atas kamu sekalian. Yela, kan selalu orang guna salam sejahtera ke atas kamu sekalian. Kangg kalau aku buad jugak, cakap aku ciplak pulak. Oh pehlis lah. Takde masa ok ! Setakat perkataan kau dua tiga kerat yang kau bajet kau sorang guna tuh, takde makna nya weh. Waddefa'c. Entah-entah kau pun curik orang lain punya. haha. By the way, aku tak aim kepada sesiapa pun, siapa makan cili dia rasa pedas. Siapa makan banyak dia jadi gemuk. Ok, aku merapu. 


Cakap pasal ciplak, curik skill orang lain nih, pakcik makcik tahu kan aku guna perkataan belog. Sumpah weh tak tiru orang lain pun. *kasar nya aku guna kata diri aku dengan pakcik makcik HAHA. Tapi sedang aku berghairah berfacebook *syok weh, pastu hati aku membara-bara nak tengok profile facebook sorang girl yang cantik nih, nama dia mirashada *fine, femes lah kau kejap, haha, aku pun pergi usha belog dia, cantik belog dia, tak macam aku. Pakcik makcik pun tahu kan, aku baru je buad belog nih. Tiba-tiba, mak aiii, dia pun guna perkataan belog jugak. Sebelum dia cakap aku ciplak dia punya, aku nak bagi tahu dia awal awal, nanti tak pasal-pasal dia saman aku. *btw, aku amik law, tak takut ke? graduan asasi gua cakap lu wehh, hihi. 


dialog :


JIHAzulk        : cik MIRAshada, kita tak tiru tau awak punya word "belog" tuh. 


MIRAshada    : err, awak ada belog eh ? tak tahu pun HIHI


JIHAzulk        : = ='    baru buad je. tak femes pun. huuuu


MIRAshada    : oh, okay. hey, i dun't mind lah. sokay lah. nanti kita follow belog awak ye.


JIHAzulk        : *dalam hati ---> ini betul betul menghina aku sebab follower aku 4 orang je.








 yan maseh. bubye semua. 



  -coretanHATIJIHAzulk-

Tuesday, April 5, 2011

cerita pemilik HATI

hallu, (ada ke yang sahut "hallu" aku) , kalau ada sepasang mata yang menghadap belog aku nih, (alhamdulillah), aku panjatkan kesyukuran ke hadrat Illahi sambil menadah kedua-dua tangan aku ke langit. Entry aku kali ini, bukan lah menarik sangat, cuma mahu berceloteh tentang diri aku saja. Daripada aku bercerita pasal orang lain, itu bukan lah aim utama aku mengcreatekan serta mewujudkan belog nih. Mungkin belum masa nya untuk aku menyumpah seranah tentang seseorang dalam belog aku sendiri, seperti kebanyakan belog yang tak seberapa popular itu. Belog aku lagi lah tak femes, follower pun 3 orang, haha. 


Berbalik kepada isu utama kali ini ye makcik makcik dan pakcik pakcik ^_^


cantik err, ok tak ?

Berdasarkan gambar yang dipaparkan khas buat makcik dan pakcik sekalian, jihazulk nih seorang yang simple je. Tak setuju ? kau punya hal lah. (nada gurau tuh, kan ada lapor aku kasar pulak)  hehe.

Kenapa aku cakap aku simple, tengok dressing lah, mak aiii, selipar jepun je, tuh pun pinjam, hihi, baju t-shirt je, ok tuh aku punya, berdiri pulak tonggek. Pakai selendang jojet merah sebab nak bagi naik sikit warna kat body aku. Kalau pakai warna hitam, tak ke kelam orang tengok aku. Macam mana aku nak pikat jantan-jantan macho kat luar sana. hehe. 

Agak-agak tuh dressing aku pegi mana ? hihi. Nih aku bagi variety answers so that pakcik makcik boleh lah teka meneka nanti. 

A.  pergi taman lalu bersiar-siar dengan pakwe , kawan 
B.  pergi discussion group 
C.  pergi kuliah
D.  pergi menonton wayang 

Kalau pandai meneka, sila lah meneka. HIHI. yan maseh. bubye semua. 




-coretanHATIJIHAzulk-


Friday, April 1, 2011

THE starting

memang tak tahu nak tulis apa, sebab sekian lama dah tak berkecimpung dan bergelumang dalam belog nih.
belog aku tak hebat pun. biasa biasa jer. macam nih je lah. kalau dulu belog aku PUBLISHING HAL, sekarang dah tukar dah, THE TALK OF HEART'S JIHAZULK. bunyi macam hebat kan, kan, kan. hebat la daripada PUBLISHING HAL yang dulu tu. konon nya la. huuuu


kenapa delete belog dulu ?
- sebab dulu ada krisis dengan farid kamil. dia suruh delete belog, then tumpu belajar, asasi law. so demi memenuhi permintaan kawan , kekasih tuh, so i delete la HIHI. bunyik macam gedik, tapi itu lah hakikat nya. 


kenapa warna macam perempuan je belog kau ni jiha ?
- sebab tajuk pun ada heart heart kan. so thats why la i buat warna pink pink sikit, warna ungu sikit, HIHI
- sebab aku ni pun perempuan,


                                                                                                                                               
                                                                                                                                                  
 -coretanHATIJIHAzulk-